KUALA LUMPUR, 2 Syawal 1438H, Isnin – Pengganas paling dikehendaki, Mahmud Ahmad berkemungkinan melarikan diri dari Marawi bersama pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.
Bercakap perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa Filipina memberitahu, Hapilon berjaya meloloskan diri dari Marawi.
“Jadi besar kemungkinan Dr Mahmud ada bersamanya.
“Kami tak dapat mengesahkannya, bagaimanapun maklumat daripada pihak berkenaan di Filipina mengatakan Dr Mahmud masih hidup,” katanya.
Mahmud dan Hapilon dilaporkan terbabit dalam serangan untuk menguasai Marawi di Mindanao yang bermula 23 Mei lalu.
Mereka diketuai kumpulan Maute, sebuah kumpulan radikal Islam.
Pada 23 Jun lalu, akhbar Straits Times (ST) Singapura melaporkan Mahmud yang merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya, dipercayai mati selepas cedera dalam pertempuran di selatan Filipina.
Akhbar itu memetik tentera Filipina, Jeneral Eduardo Ano memberitahu, Mahmud mati pada 7 Jun lalu selepas tercedera dalam pertempuran di Marawi.
The post Polis sahkan pengganas warga Melaysia lari dari Marawi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis sahkan pengganas warga Melaysia lari dari Marawi
0 Komentar untuk "Polis sahkan pengganas warga Melaysia lari dari Marawi"