Gema Semua Maklumat

Rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna: BNM

Rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna: BNM

KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat –  Rizab Malaysia pada akhir Mei 2017 kekal boleh guna  berdasarkan butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata butiran terperinci mengikut format SDDS itu juga menunjukkan aset rizab rasmi berjumlah US$98.01 bilion manakala aset mata wang asing berjumlah US$1.56 bilion pada akhir Mei 2017. 

Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing berikutan pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan diunjurkan sebanyak USD274.2 juta.

Selain itu, jumlah kedudukan hadapan pendek berjumlah US$16.79 bilion pada akhir Mei 2017, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.

Menurut bank pusat itu, sejajar dengan amalan yang diterima pakai  sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak USD2.30 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka adalah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah US$187.4 juta, kata BNM. 

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang beserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat itu. – Bernama

The post Rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna: BNM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna: BNM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna: BNM"

Back To Top