Gema Semua Maklumat

Sarawak putuskan isu Cukai Pelancongan Khamis ini

Sarawak putuskan isu Cukai Pelancongan Khamis ini

MIRI, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Sarawak akan mengumumkan keputusan rasmi kerajaan negeri berhubung isu Cukai Pelancongan pada mesyuarat Kabinet negeri Khamis ini.

Bercakap perkara itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan berkenan akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet sebelum diumumkan.

“Saya akan beritahu keputusan itu pada mesyuarat Kabinet Khamis ini. Sabar dan tunggu hingga saya umumkan,” katanya ketika melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh, hari ini.

Sebelum ini, Abang Johari sudah pun mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putra Perdana berhubung isu itu.

Ia termasuk bagi menyelesaikan isu perselisihan pendapat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

The post Sarawak putuskan isu Cukai Pelancongan Khamis ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sarawak putuskan isu Cukai Pelancongan Khamis ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sarawak putuskan isu Cukai Pelancongan Khamis ini"

Back To Top