Gema Semua Maklumat

Syed Hamid terkejut Isa Samad dipilih Pengerusi SPAD

Syed Hamid terkejut Isa Samad dipilih Pengerusi SPAD

BANGI, 27 Ramadan 1438H, Khamis – Tan Sri Syed Hamid Albar tidak menyangka bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Katanya, beliau percaya pelantikan Isa Samad ini akan mencetuskan satu lagi isu kontroversi terbaru.

“Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat,” katanya kepada Sin Chew Daily.

Bagaimanapun Syed Hamid yang bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD 3 Jun lalu berkata, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak pada tangan Perdana Menteri.

Katanya, mungkin Datuk Seri Najib telah memikir sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan pelantikan tersebut.

“Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai,” katanya.

Isnin lalu, Isa Samad bersetuju untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV dan diganti dengan jawatan Pengerusi SPAD berkuat kuasa serta merta.

Sehubungan itu, Najib mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV baharu juga berkuat kuasa serta-merta.

The post Syed Hamid terkejut Isa Samad dipilih Pengerusi SPAD appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Syed Hamid terkejut Isa Samad dipilih Pengerusi SPAD
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Syed Hamid terkejut Isa Samad dipilih Pengerusi SPAD"

Back To Top