Gema Semua Maklumat

Tarikh lihat anak bulan Syawal 29 Ramadan Sabtu depan

Tarikh lihat anak bulan Syawal 29 Ramadan Sabtu depan

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kenyataan itu menerangkan.

Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:

JOHOR: Pontian Kecil
MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)
SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)
PERAK: Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru (Manjong)
PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh)
KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar (Alor Setar)
TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)
KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Bharu)
SARAWAK: Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu)
SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)
PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)
LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur
PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat).
– Bernama

The post Tarikh lihat anak bulan Syawal 29 Ramadan Sabtu depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tarikh lihat anak bulan Syawal 29 Ramadan Sabtu depan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tarikh lihat anak bulan Syawal 29 Ramadan Sabtu depan"

Back To Top