Gema Semua Maklumat

TH ingatkan bakal jemaah haji patuhi arahan petugas

TH ingatkan bakal jemaah haji patuhi arahan petugas

KOTA BHARU, 16 Ramadan 1438H, Ahad – Lembaga Tabung Haji mengingatkan bakal jemaah supaya mematuhi arahan petugasnya bagi memudahkan penjagaan keselamatan mereka di Tanah Suci.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, peringatan itu adalah untuk menjaga keselamatan jemaah Malaysia ekoran krisis diplomatik yang berlaku antara Asia Barat dan Qatar ketika ini.

“Semua jemaah perlu dengar arahan yang dikeluarkan urus setia dan petugas Tabung Haji dari semasa ke semasa bagi memudahkan penjagaan keselamatan mereka di negara itu nanti,” katanya kepada pemberita.

Meskipun berlaku krisis berkenaan, namun Abdul Azeez berkata, persiapan dan pergerakan bakal jemaah menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berjalan lancar.

“Setakat ini, persiapan Tabung Haji tidak ada masalah dan saya sendiri akan mengetuai rombongan bagi memastikan jemaah dalam keadaan selesa dan kebajikan serta keselamatan mereka terjaga.

“Tabung Haji juga telah mengeluarkan surat kelulusan kepada 30,200 bakal jemaah dan penerbangan pertama dijangka berlepas pada 24 Julai ini, manakala penerbangan terakhir pada 24 Ogos depan,” katanya.

Awal minggu ini, lima negara iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Yaman mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas alasan negara itu menyokong keganasan dan bersekongkol dengan Iran.

The post TH ingatkan bakal jemaah haji patuhi arahan petugas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di TH ingatkan bakal jemaah haji patuhi arahan petugas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "TH ingatkan bakal jemaah haji patuhi arahan petugas"

Back To Top