Gema Semua Maklumat

Gunung berapi Sinabung tak sebar virus influenza ke Malaysia

Gunung berapi Sinabung tak sebar virus influenza ke Malaysia

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menafikan dakwaan kononnya letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia menyebabkan penyebaran virus influenza ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian itu memantau kualiti udara negara melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak gunung berkenaan meletus pada 19 Februari lepas sehingga kini.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa tahap kualiti udara di Malaysia masih baik dan sederhana, bahkan tidak langsung terjejas akibat letusan gunung berapi itu.

“Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh dirujuk di http://apims.doe.gov.my/. Oleh demikian, tiada apa yang membuktikan khabar angin dan dakwaan bahawa letusan gunung berapi Sinabung menyebabkan kemerosotan kualiti udara di negara ini.

“Menurut data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bertarikh 19 Februari 2018, abu gunung berapi itu berada pada ketinggian 10,000 kaki dan bergerak ke arah timur,” katanya.

Wan Junaidi berkata, oleh kerana Malaysia masih dalam monsun Timur Laut yang kebanyakannya bertiup ke arah Sumatera, maka tidak mungkin abu gunung berapi Sinabung sampai ke negara ini.

The post Gunung berapi Sinabung tak sebar virus influenza ke Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Gunung berapi Sinabung tak sebar virus influenza ke Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Gunung berapi Sinabung tak sebar virus influenza ke Malaysia"

Back To Top