Gema Semua Maklumat

PAS sedia ambil alih gubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

PAS sedia ambil alih gubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

SHAH ALAM, 16 Ramadan 1438H, Ahad – PAS sedia mengambil alih meneruskan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sekiranya ia tidak dibentangkan oleh kerajaan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, partinya itu sudah menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datul Paul Low Seng Kuan.

Katanya, menerusi Gagasan Sejahtera, pihaknya sudah menyiapkan dokumen sokongan dan menyerahkannya kepada Paul Low dua bulan lalu.

“PAS mengambilkira pandangan yang diberikan oleh jawatankuasa Paul Low dan kami rumuskan bersama supaya ada satu pelan tindakan.

“PAS juga bersedia untuk membawa rang undang-undang ini secara bersendirian jika kerajaan tidak melakukannya. Tetapi setakat ini, kami menyatakan sokongan sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini, Paul Low mencadangkan penggubalan akta tersebut pada hujung September tahun lalu bertujuan untuk mengawal amalan politik wang dan budaya rasuah.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menyifatkan bahawa akta berkenaan penting ekoran sering wujud dua isu besar ketika pilihan raya umum.

“Isunya adalah dana yang diberikan kepada parti-parti politik dan juga politik wang. Kedua-dua isu ini boleh merosakkan parti dan negara.

“Di Malaysia tidak ada akta yang mengawal politik kecuali akta pilihan raya yang mengehadkan jumlah duit kempen pilihan raya umum. Itu sahaja,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, disebabkan tiada akta khusus, berlaku di mana sesetengah menteri yang tiba-tiba pembuat pengisytiharan sebagai langkah memancing undi.

“Apabila tidak ada akta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh berbuat apa-apa. Jika ia tidak dibendung, perkara sebegini akan berterusan.

“Dengan wujudnya akta ini nanti, ia dapat mengawal supaya politik wang tidak akan berlaku. Politik wang akan melahirkan parti yang merosakkan parti politik di negara ini,” katanya lagi.

The post PAS sedia ambil alih gubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS sedia ambil alih gubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS sedia ambil alih gubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik"

Back To Top