BANGI, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terlibat rasuah.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, tiada kompromi sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM.
Ia susulan penahanan seorang pegawainya semalam, kerana memeras ugut dan meminta wang daripada anggota polis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Suruhanjaya itu berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan itu dan tidak mencampuri siasatan, sekali gus mengalu-alukan tindakan tegas polis.
“SPRM menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan pegawai terbabit serta bersedia untuk bekerjasama dengan pihak PDRM.
“Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan,” kata SPRM.
The post Tiada kompromi dengan pegawai terlibat rasuah: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada kompromi dengan pegawai terlibat rasuah: SPRM
0 Komentar untuk "Tiada kompromi dengan pegawai terlibat rasuah: SPRM"