Gema Semua Maklumat

Tiada rakyat Malaysia terbabit rempuhan Newcastle

Tiada rakyat Malaysia terbabit rempuhan Newcastle


PUTRAJAYA, 2 Syawal 1438H, Isnin – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden sebuah kereta merempuh jemaah yang keluar selepas menunaikan solat sunat Aidilfitfri di Westgate Road di Newcastle, utara England, semalam.

Dalam kejadian tersebut, kereta seorang pemandu wanita berusia 42 tahun itu dilaporkan terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum merempuh sekumpulan keluarga jemaah yang keluar dari Masjid Sentral Newcastle.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, kementerian meminta warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan itu supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

Ketika ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London berhubung rapat dengan  pihak berkuasa tempatan dan sedang memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar bandar itu.

The post Tiada rakyat Malaysia terbabit rempuhan Newcastle appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada rakyat Malaysia terbabit rempuhan Newcastle
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiada rakyat Malaysia terbabit rempuhan Newcastle"

Back To Top