Gema Semua Maklumat

Tindakan terhadap nazir masjid dibuat lepas Aidilfitri

Tindakan terhadap nazir masjid dibuat lepas Aidilfitri

SHAH ALAM, 16 Ramadan 1438H, Ahad – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melengkapkan siasatan terhadap nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang susulan isu Ahli Parlimen, R Sivarasa yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di ruang solat masjid itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa memberitahu, keputusan berhubung sebarang tindakan hanya akan dilakukan selepas Aidilfitri.

“Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan tindakan seterusnya yang akan diambil ke atas pengurusan masjid berkenaan.

“Keputusan mengenai apa-apa tindakan akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagaimana yang diperintahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya kepada pemberita, semalam.

Sebelum ini, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.

Susulan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Sivarasa yang dianggap sebagai melampaui batas.

The post Tindakan terhadap nazir masjid dibuat lepas Aidilfitri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tindakan terhadap nazir masjid dibuat lepas Aidilfitri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tindakan terhadap nazir masjid dibuat lepas Aidilfitri"

Back To Top