Gema Semua Maklumat

‘Bas pelancong’ Madinah bawa jemaah ke 11 tempat bersejarah

‘Bas pelancong’ Madinah bawa jemaah ke 11 tempat bersejarah

MADINAH, 16 Ramadan 1438H, Ahad – Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan perkhidmatan baru ‘bas pelancong’ untuk para jemaah haji dan umrah yang mahu menziarah ke tempat-tempat bersejarah di Madinah.

Perjalanan bas berkenaan akan bermula di Masjid Nabawi, seterusnya ke 11 tapak di Madinah, termasuklah mercu bersejarah seperti Jannat al-Baqi, Gunung Uhud, Tanah Perkuburan Al-Baqwa, Masjid Qiblatain, Jalan Sultan dan pusat-pusat membeli-belah.

Menurut Saudi Gazette, khidmat bas terbaru itu memulakan perjalanan pertamanya pada Selasa lalu, ia dikendalikan sebuah syarikat pelancongan mewakili Penguasa Pembangunan Al-Madinah Al-Munawarah.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Fahad Al-Bayti berkata,pertimbangan khas diberikan ketika menetapkan harga supaya perkhidmatan itu sesuai dan mengikut kemampuan semua.

Katnya, untuk memberi kepuasan kepada pelawat yang datang dari pelbagai pelusuk dunia, lawatan itu menawarkan jurupandu yang bercakap dalam lapan bahasa.

Projek itu akan bermula dengan lima bas sebelum ia ditingkatkan kepada 15 dan perkhidmatan berkenaan akan berjalan selama 14 jam sehari. – Agensi

The post ‘Bas pelancong’ Madinah bawa jemaah ke 11 tempat bersejarah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Bas pelancong’ Madinah bawa jemaah ke 11 tempat bersejarah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Bas pelancong’ Madinah bawa jemaah ke 11 tempat bersejarah"

Back To Top