Gema Semua Maklumat

Trafik masih perlahan di kawasan tertentu lebuh raya utama setakat tengah hari

Trafik masih perlahan di kawasan tertentu lebuh raya utama setakat tengah hari

KUALA LUMPUR, 29 Ramadan 1438H, Sabtu – Aliran trafik kekal perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama akibat pertambahan kenderaan setakat 12 tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, kenderaan bergerak perlahan ke arah utara dari Rawang ke Bukit Beruntung, Bukit Beruntung ke Lembah Beringin dan Behrang ke Gopeng.

“Aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari Jelapang menuju ke Sungai Perak, Kuala Kangsar ke Changkat Jering dan Bukit Berapit ke Bukit Beruntung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, aliran trafik ke arah selatan pula hanya perlahan dari Seremban ke arah Pedas Linggi manakala kawasan  lain masih terkawal.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama memberitahu aliran trafik semakin sesak di kawasan Gombak menuju ke Bentong akibat pertambahan kenderaan.

“Laluan kontra telah diaktifkan dari Km 57 hingga Km 59 untuk menyuraikan kesesakan trafik,” katanya.- Bernama

The post Trafik masih perlahan di kawasan tertentu lebuh raya utama setakat tengah hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Trafik masih perlahan di kawasan tertentu lebuh raya utama setakat tengah hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Trafik masih perlahan di kawasan tertentu lebuh raya utama setakat tengah hari"

Back To Top