Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 12 Ramadan 1438H, Rabu – PAS menggesa umat Islam menentang Evangelis Kristian yang dilihat mengancam cara hidup agama rasmi Malaysia.
Bimbang dengan situasi itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, puak Evangelis Kristian kini tidak boleh lagi dipandang sebelah mata.
“Mereka agerasif dan licik merencana gerakan menguasai politik negara. Melampau dan keterlaluan memusuhi Islam.
“Jadi umat Islam bukan sahaja wajib pertahan akidah, malah wajib menentang anasir yang mengancam cara hidup Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Ustaz Nasrudin dikeluarkan selepas kontroversi isu perhimpunan “Jurusalem Jubilee” yang didakwa menyokong Zionisme dan bakal diadakan di Melaka.
Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50.
Ia diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.
Sehubungan itu Ustaz Nasrudin berkata, umat Islam perlu menguasai ilmu agama dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian.
“Rapatkan saf. Elak bertelagah dalam perkara remeh. Bangkit pertahankan ummah dan negara daripada angkara Evangelis Kristian,” katanya.
The post Umat Islam mesti bangkit tentang Evangelis Kristian appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Umat Islam mesti bangkit tentang Evangelis Kristian
0 Komentar untuk "Umat Islam mesti bangkit tentang Evangelis Kristian"