Gema Semua Maklumat

(VIDEO) 90 maut, 400 cedera letupan bom di Kabul

(VIDEO) 90 maut, 400 cedera letupan bom di Kabul

Kedutaan Jerman yang hampir musnah.

KABUL, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Sekurang-kurangnya 90 orang awam terbunuh, manakala lebih 400 lagi cedera, apabila seorang penyerang bunuh diri meletupkan sebuah trak berisi bahan letupan di sini, hari ini.

Penyerang dilaporkan memandu trak di kawasan kedutaan asing ketika waktu puncak pagi tadi jam 8.22 pagi sebelum meletupkannya, menyebabkan suasana kelam kabut dengan kawasan itu bermandikan darah dan kemusnahan.

Difahamkan, trak berkenaan memuatkan kira-kira 1,500 kilogram bahan letupan. Serangan itu dianggap paling buruk sejak tentera asing dikeluarkan dari Afghanistan pada 2014 lalu.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ismail Kawasi.

Kawah yang terbentuk akibat kesan letupan bom di Kabul, hari ini, yang membunuh 90 orang dan mencederakan 400 yang lain.

Namun, kematian turut membabitkan pengawal keselamatan di kawasan itu, termasuk di Kedutaan Amerika Syarikat (AS), sementara 11 kontraktor Amerika cedera.

Serangan itu berlaku tidak jauh daripada Kedutaan Jerman. Beberapa orang juga dilaporkan terbunuh di pintu masuk kedutaan itu.

Kemusnahan besar membabitkan Kedutaan Jerman, Azizi Bank dan Roshan Telecommunication Company – semuanya terletak di daerah diplomatik di Kabul di antara Zanbaq Circle dan 15th Street of Wazir Akbar Khan.

“Saya sudah banyak menyaksikan serangan, membawa mangsa yang cedera dari kawasan letupan. Tapi saya tidak pernah saksikan serangan sebegini dahsyat seperti yang berlaku pagi tadi,” kata pemandu ambulans, Alef Ahmadzai.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan pada hari keenam umat Islam berpuasa.

Militan Taliban menafikan kumpulan mereka terbabit dalam serangan itu. – Agensi

The post (VIDEO) 90 maut, 400 cedera letupan bom di Kabul appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di (VIDEO) 90 maut, 400 cedera letupan bom di Kabul
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "(VIDEO) 90 maut, 400 cedera letupan bom di Kabul"

Back To Top