Gema Semua Maklumat

VIDEO | Anak Sindrom Down: ‘Hulurkan bantuan, berikan harapan’

VIDEO | Anak Sindrom Down: ‘Hulurkan bantuan, berikan harapan’

Projek Maidah Ramadan 2017 Wanita Isma telah berjaya dilaksanakan dan sumbangan disasarkan kepada golongan asnaf di Flat Taman Semarak, Nilai pada hari ini jam 3 hingga 5 petang. Aktiviti ini telah dibantu oleh Puan Liza, isteri kepada Imam Masjid Al-Azim Nilai dan Puan Asfalaila bt Abu Bakar, Perunding Asfa Resources.

Antara objektif projek ini ialah untuk membantu golongan asnaf terutama golongan ibu tunggal dan golongan yang tidak bernasib baik. Ia juga dijalankan untuk mengambil keberkatan bulan Ramadan dengan menyantuni mereka yang kurang bernasib baik untuk berkongsi rezeki yang turut merupakan hak mereka yang telah ditentukan Allah.

Keluarga pertama yang disantuni ialah Puan Roshana seorang suri rumah yang mempunyai anak Down’s Syndrome berumur 5 tahun yang turut mengidap sakit jantung dan paru-paru dan sering dimasukkan ke hospital. Suaminya tidak boleh bekerja apabila penyakit anak ini datang.

Untuk menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Puan Roshana di talian 019-6918525.

The post VIDEO | Anak Sindrom Down: ‘Hulurkan bantuan, berikan harapan’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di VIDEO | Anak Sindrom Down: ‘Hulurkan bantuan, berikan harapan’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "VIDEO | Anak Sindrom Down: ‘Hulurkan bantuan, berikan harapan’"

Back To Top