KULAI, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Lagi kejadian kereta dipandu melawan arus, kali ini berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Kulai, Johor.
Ia membabitkan sebuah kereta produa Myvi menggunakan plat nombor WSF 1705.
Berdasarkan perkongsian Info Roadblock Jpj/Polis, video dimuat naik itu menyaksikan kereta myvi itu memandu dalam keadaan laju di lorong bertentangan di lebuh raya tersebut.
Myvi berkenaan menggunakan lorong kiri iaitu untuk lorong laju sepanjang memandu bertentangan arah.
Kelihatan juga kereta yang datang dari arah hadapan memberi amaran isyarat lampu dan hon.
Perkongsian video tersebut menjadi viral di media sosial hari ini dan ditonton 170,000 dan dikongsi lebih 3,000 kali.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan pemandu kereta tersebut dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
The post VIDEO: Lagi kes kereta pandu lawan arus appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di VIDEO: Lagi kes kereta pandu lawan arus
0 Komentar untuk "VIDEO: Lagi kes kereta pandu lawan arus"