Gema Semua Maklumat

16 maut pesawat marin AS terhempas

16 maut pesawat marin AS terhempas

TENNESSE, 18 Syawal 1438H, Selasa – Kira-kira 16 orang terbunuh selepas pesawat KC-130 milik tentera Marin Amerika Syarikat dari Tennessee terhempas di atas ladang kacang soya di Mississippi awal pagi ini waktu Malaysia.

AFP melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi waktu Malaysia selepas pesawat menghadapi masalah pada ketinggian 20,000 kaki.

Setakat ini 16 mayat sudah ditemui di tempat kejadian dan kesemua mangsa dipercayai anggota Marin.

Marin Corps mengeluarkan kenyataan mengesahkan nahas itu namun tidak memberi maklumat lanjut.

Terdapat laporan menyatakan pesawat tangki bagi pengisian minyak di udara Lockheed KC-130 itu dipercayai berlepas dari Pangkalan Udara Sokongan Tentera Laut di Millington.

Selain itu menurut polis pula, mereka menemui serpihan pesawat di kedua-dua belah Lebuh Raya 82 di LeFlore County, menunjukkan pesawat berkenaan berkemungkinan besar meletup di udara sebelum terhempas. – Agensi

The post 16 maut pesawat marin AS terhempas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 16 maut pesawat marin AS terhempas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "16 maut pesawat marin AS terhempas"

Back To Top