Gema Semua Maklumat

3 pelajar tingkatan enam maut kereta bertembung

3 pelajar tingkatan enam maut kereta bertembung

PASIR PUTEH, 11 Syawal 1438H, Rabu – Tiga pelajar tingkatan enam maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Proton Persona dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Kota Bharu- Pasir Puteh, dekat Kampung Bukit Tanah di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad memaklumkan, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Proton Iswara, Ahmad Amirul Razali dan penumpang, Amir Amjad Zuhar serta Che Muhammad Syafiq Che Suriadi, mereka berusia 19 tahun.

Manakala tiga lagi mangsa cedera, dan dua selamat, katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, tiga mangsa bersama seorang rakannya menaiki kereta Proton Iswara, manakala Proton Persona dinaiki empat individu.

Kereta yang dipandu Ahmad Amirul dari arah Kota Bharu menghala Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Persona itu.

“Akibat pertembungan itu pemandu bersama dua penumpang yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa Selising, di sini, tersepit dan maut di tempat kejadian, manakala seorang rakannya cedera.

“Pemandu dan seorang penumpang Proton Persona cedera dan dua selamat. Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut,” katanya.

The post 3 pelajar tingkatan enam maut kereta bertembung appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 3 pelajar tingkatan enam maut kereta bertembung
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "3 pelajar tingkatan enam maut kereta bertembung"

Back To Top