Apabila ramai (ribuan) anak-anak Melayu dapat memasuki pengajian universiti bidang Perubatan di Mesir, pihak di Malaysia mengenakan syarat tak boleh ada C dalam keputusan SPM, baru boleh diiktiraf kemasukkan mereka, walaupun C itu dalam apa jua subjek termasuk subjek yang takda kena mengena dengan bidang Perubatan.
Kalau dulu tak boleh C dalam mana-mana subjek Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik, tapi sekarang dah meleret ke subjek Sejarah dll yang takda kena mengena dengan Perubatan badan manusia.
Sesiapa yang ada C dalam keputusan SPM tidak akan dikeluarkan Sijil NOC (No Objection Certificate) untuk memasukki kursus Perubatan tersebut.
Dengan kata lain, sesiapa yang mendapat 10A 1C akan “ada Objection” halangan yang resmi oleh pihak di Malaysia dari menjalani bidang Perubatan di Mesir, Jordan dll. yang sememangnya rata rata adalah anak-anak Melayu kerana Sijil NOC tidak dikeluarkan untuk mereka. Tanpa Sijil NOC permohonan mereka dihalang dari diproses.
Kesannya ramai anak-anak Melayu yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM seperti 7A 1C .., 8A 2C .. atau 9A 1C dihalang dari mengikuti kursus Perubatan.
Bila anak-anak bangsa asing ada masalah di bidang Perubatan kerana Bahasa Melayu mereka tidak mencapai piawai sepatutnya, pihak di Malaysia membuat pengecualian, walaupun bidang perubatan adalah bidang pekerjaan di Malaysia paling banyak menggunakan Bahasa Melayu kerana berinteraksi dengan majoritinya para pesakit dan jururawat berbangsa Melayu dan Bahasa Kebangsaan negara mereka adalah Bahasa Melayu.
Subjek Sejarah, tiada kena mengena, tapi dikenakan syarat.
Subjek Bahasa Melayu, ada kena mengena, malah Bahasa Kebangsaan dan didaulatkan dalam Perlembagaan, tidak dikenakan syarat.
Apa jua bangsa seorang Menteri Kesihatan, dia mesti mengawasi Malaysia Medical Council (MMC), JPA, KPT dll dalam bidang nya agar selari dan mencapai apa yang digariskan oleh Perlembagaan Malaysia.
Sesuatu perlembagaan adalah kontrak sosial sesama penduduk dalam sebuah negara. Ia adalah undang-undang tertinggi negara.
Ustaz Abdul Halim Abdullah
The post Bidang perubatan dan peraturan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bidang perubatan dan peraturan
0 Komentar untuk "Bidang perubatan dan peraturan"