Gema Semua Maklumat

‘Bila Islam tertegak, semua akan selamat’: Hadi Awang

‘Bila Islam tertegak, semua akan selamat’: Hadi Awang

KOTA BHARU, 29 Syawal 1438H, Ahad – Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Ke-4 yang berakhir semalam diharap dapat dijadikan simbol kebangkitan Islam, kata Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, Islam adalah cahaya Allah yang tidak akan terpadam.

“Sekiranya Islam ditegakkan semuanya akan selamat dan sejahtera,” katanya ketika menyampaikan pidato pimpinan Islam sedunia sempena malam kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Ke-4 Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan seluruh umat Islam agar bersatu bagi mengelak pihak luar mengambil kesempatan merendah-rendahkan agama Islam.

Katanya, ketika ini umat Islam diratah di seluruh dunia terutamanya melibatkan penduduk di Palestin sejak sekian lama.

“Sekarang umat Islam diratah di seluruh dunia namun jika umat Islam bersatu cahaya Islam tidak akan terpadam,” katanya.

Pada majlis itu juga, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyampaikan 20 resolusi, hasil pembentangan kertas kerja kira-kira 30 wakil dari negara Islam pada sepanjang dua hari program berlangsung.

Resolusi tersebut mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk yang dilakukan rejim Zionis yang menutup Masjid Al-Aqsa dengan tujuan untuk meroboh; menangani masalah dan isu umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Islam; serta menggembleng tenaga ulama untuk mengembalikan peradaban Islam rantau ini sebagai model peradaban Islam sejagat.

The post ‘Bila Islam tertegak, semua akan selamat’: Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Bila Islam tertegak, semua akan selamat’: Hadi Awang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Bila Islam tertegak, semua akan selamat’: Hadi Awang"

Back To Top