Gema Semua Maklumat

China ingin kuasai Selat Melaka melalui pembinaan pelabuhan di Malaysia

China ingin kuasai Selat Melaka melalui pembinaan pelabuhan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1438H, Khamis – Satu kajian bank antarabangsa telah memberi contoh membimbangkan apabila minat China melabur di beberapa pelabuhan, terutama di Pantai Barat Semenanjung, bukan bermotifkan komersial dan keuntungan.

Dalam pada negara komunis itu memperkukuhkan cengkamannya ke atas Laut China Selatan dengan membina pulau buatan dan menempatkan aset ketenteraannya di wilayah yang turut dituntut oleh Malaysia dan beberapa negara lain, China berharap pelaburannya di pelabuhan Pantai Barat Semenanjung, dapat memberikannya akses kepada Selat Melaka.

Kajian oleh Citi Research mempersoalkan kelebihan kapasiti pelabuhan Malaysia, yang kemungkinan minat China dalam projek pelabuhan itu lebih bermotivasikan kepentingan geopolitik, daripada keuntungan.

Penganalisis bank itu, Wei Zheng Kit memberi contoh penyertaan dalam pembangunan pelabuhan di Pantai Barat akan membolehkan China memperoleh akses ke atas Selat Melaka.

Di samping itu, pembiayaan projek melalui pinjaman daripada bank milik negara China boleh meningkatkan liabiliti kerajaan Malaysia, manakala kontrak pembinaan yang dianugerahkan kepada firma China sebenarnya adalah mengimport perkhidmatan, boleh menolak pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta permintaan ringgit.

Ini akan berlaku tatkala defisit fiskal Malaysia meningkat kepada RM30.5 bilion dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, peningkatan sebanyak RM26 bilion, berbanding tempoh sama tahun lalu, kata kajian itu.

Bank itu berkata, sehingga ada penjelasan lanjut mengenai pembabitan China dalam pembangunan infrastruktur Malaysia, kebimbangan terhadap defisit fiskal yang semakin meningkat akan bergantung kepada Pilihan Raya Umum (PRU), yang tempoh penggal sekarang akan berakhir pertengahan tahun depan.

Citi Reserch menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan PRU pada bulan Ogos atau September ini, bagi membolehkan kerajaan mengekang perbelanjaan demi kepentingan ‘politik’ dan mengekalkan defisit pada sasaran dua hingga 2.5 peratus daripada KDNK antara 2017 dan 2019.

Dalam mengadakan PRU, kerajaan Malaysia cenderung untuk mengembangkan perbelanjaan fiskal ke atas projek pembangunan bagi meraih undi.

“Namun, kami mengakui peningkatan risiko jika PRU ditangguh sehingga hampir kepada tarikh akhir pertengahan 2018, yang akan menyatukan kadar fiskal yang lebih perlahan,” kata Zheng Kit sambil menambah bahawa menstabilkan harga minyak dapat membantu Malaysia menghalang penurunan pendapatan.

Tatkala China mengembangkan sayapnya di Asia Tenggara, Malaysia memperoleh manfaat besar menerusi projek pelabuhan dan landasan kereta api yang bernilai RM400 bilion, tetapi persoalan timbul mengenai daya maju komersial dan dana bagi projek itu, yang mana akan memberi kesan ketara kepada ekonomi Malaysia dan ringgit.

The post China ingin kuasai Selat Melaka melalui pembinaan pelabuhan di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di China ingin kuasai Selat Melaka melalui pembinaan pelabuhan di Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "China ingin kuasai Selat Melaka melalui pembinaan pelabuhan di Malaysia"

Back To Top