Gema Semua Maklumat

Dewa Hindu berselindung di sebalik ayat suci al-Quran

Dewa Hindu berselindung di sebalik ayat suci al-Quran

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 18 Syawal 1438H, Rabu – Mengejutkan! Hiasan ayat al-Quran yang biasanya digantung di dinding rumah masyarakat Islam ditipu apabila berselindung di sebalik gambar Dewa Hindu.

Menerusi video yang dihantar ke Ismaweb.net, ia menunjukkan suara lelaki dan perempuan sedang membuka beberapa keping hiasan dinding yang mengandungi ayat al-Quran.

Video berdurasi 46 saat itu menunjukkan pihak tidak bertanggungjawab melekatkan ayat Al-Quran yang dicetak dalam bentuk pelekat, kemudian menampal pelekat tersebut di bawah poster dewa agama hindu.

Seorang wanita dalam video itu menasihatkan orang Islam agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan seperti yang dialami mereka.

“Ada yang memperbodohkan orang Islam. Sesiapa yang beli kena ‘check’ Kalau tengok ada benda macam ni jangan beli,” kata lelaki dalam video berkenaan.

 

VIDEO | Dewa Hindu berselindung di sebalik ayat suci al-Quran

The post Dewa Hindu berselindung di sebalik ayat suci al-Quran appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dewa Hindu berselindung di sebalik ayat suci al-Quran
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dewa Hindu berselindung di sebalik ayat suci al-Quran"

Back To Top