Gema Semua Maklumat

Dua lagi rakyat Palestin maut angkara rejim Israel

Dua lagi rakyat Palestin maut angkara rejim Israel

BAITULMAQDIS, 29 Syawal 1438H, Ahad – Dua penduduk Palestin terkorban dalam protes ketika mendesak rejim Israel membuang alat pengesan logam yang dipasang di pintu Masjid Al-Aqsa.

Ia menjadikan angka korban meningkat kepada tujuh dalam tempoh dua hari.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, pemuda yang meninggal dunia dalam pertempuran semalam berusia 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 18 tahun meninggal dunia di perkampungan Abu Dhabi Barat.

Susulan itu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mengarahkan semua hubungan rasmi dengan rejim Zionis digantung sehingga mereka menanggalkan pengesan logam itu.

Alat pengesan logam itu dipasang di pintu Masjid Al-Aqsa berikutan serangan oleh tiga pemuda Palestin yang membunuh dua pegawai polis rejim Zionis.

Sementara itu, Russia, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam kenyataan bersama menyatakan kebimbangan dengan peningkatan ketegangan dan pertempuran ganas di sekitar Kota Lama di Baitulmaqdis dan menggesa kedua-dua pihak bertenang.

Bagaimanapun Majlis Keselamatan PBB memberitahu, mereka mengadakan pertemuan esok bagi membincangkan keadaan itu. -Agensi

The post Dua lagi rakyat Palestin maut angkara rejim Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua lagi rakyat Palestin maut angkara rejim Israel
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua lagi rakyat Palestin maut angkara rejim Israel"

Back To Top