KUALA LUMPUR, 16 Syawal 1438H, Isnin – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas dua remaja atas tuduhan memiliki mercun dan bunga api tanpa kebenaran, bulan lalu.
Majistret Mahyudin Mohmad Som turut memerintahkan Muhammad Iqmal Budiman, 18, dan seorang lagi remaja berusia 17 tahun dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki mercun dan bunga api di Jalan Selayang Baru, Pasar Borong Lama, di sini, pada jam 5.30 petang, 12 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
The post Dua remaja didenda RM1,000 miliki mercun, bunga api appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua remaja didenda RM1,000 miliki mercun, bunga api
0 Komentar untuk "Dua remaja didenda RM1,000 miliki mercun, bunga api"