BEIJING, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pihak berkuasa di utara China merobohkan gereja besar Kristian, yang terletak di Linfen, wilayah Shanxi.
Gereja itu adalah Golden Lampstand yang dicat dengan warna kelabu, dikelilingi banyak menara serta lambang salib besar berwarna merah.
Rata-rata kumpulan hak asasi beragama menyelar tindakan itu dan menyifatkan perobohan gereja sebagai tindakan memerangi Taliban.
Presiden kumpulan hak asasi agama di Amerika Syarikat ChinaAid Association, Bob Fu berkata, pasukan polis dan tentera ditugaskan untuk memantau kerja pemusnahan gereja itu.
“Ia seperti operasi menentang Taliban dan Daesh terhadap gereja yang aman,” katanya sambil menambah kira-kira 50,000 anggota keselamatan terbabit.
Memetik Akhbar Global Times, seorang pegawai tempatan memaklumkan, tindakan merobohkan gereja itu bermula Selasa lalu, ia termasuk dalam kempen untuk memusnahkan bangunan haram.
“Seorang penduduk Kristian menawarkan tanah pertaniannya kepada pertubuhan Kristian tempatan. Jadi mereka membina gereja itu, kononnya memberitahu untuk membina gudang,” kata pegawai itu. -Agensi
The post China roboh gereja besar Kristian appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di China roboh gereja besar Kristian
0 Komentar untuk "China roboh gereja besar Kristian"