MELAKA, 16 Syawal 1438H, Isnin – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih meletakkan Parlimen Pagoh sebagai pilihannya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata, setakat ini partinya dan majlis kepimpinan tertinggi masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.
Muhyiddin bagaimanapun berkata, beliau menyerahkan kepada majlis pimpinan tertinggi parti untuk menentukan calon terbaik bertanding di mana-mana kawasan.
“Belum ada apa-apa keputusan. Perkara seperti ini akan diputuskan majlis kepimpinan tertinggi.Tentang siapa akan menjadi calon dan kawasan mana, dan sebagai presiden parti, saya akan bertanding.
“Pilihan pertama saya mungkin Pagoh. Tetapi, apa pun, jika majlis kepimpinan tertinggi memberi pandangan yang lain, saya akan patuh pada keputusan itu,” katanya kepada pemberita, semalam.
The post PRU14: Muhyiddin akan pertahan Parlimen Pagoh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PRU14: Muhyiddin akan pertahan Parlimen Pagoh
0 Komentar untuk "PRU14: Muhyiddin akan pertahan Parlimen Pagoh"