Gema Semua Maklumat

Enam negara tuntut FIFA tarik semula hak Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022

Enam negara tuntut FIFA tarik semula hak Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022

LONDON, 22 Syawal 1438H, Ahad – Enam negara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar bulan lalu telah menuntut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik semula hak Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, Arab Saudi, Yemen, Mauritania, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir menulis kepada FIFA untuk meminta badan induk bola sepak dunia membuang Qatar sebagai tuan rumah dan mengancam melakukan boikot sekiranya tidak berbuat demikian.

“Negara-negara itu memberi amaran kepada FIFA tentang risiko yang bakal mengancam peminat dan keselamatan pemain di negara yang didakwa rumah kepada keganasan,'” kata Infantino.

Infantino berkata, negara-negara tersebut memetik Artikel 85 Kod FIFA yang membolehkan perubahan dibuat kepada tuan rumah Piala Dunia jika berlaku kecemasan.

FIFA berkata pada bulan Jun di tengah-tengah krisis diplomatik bahawa ia kekal dalam “hubungan biasa dengan Qatar.” – Agensi

The post Enam negara tuntut FIFA tarik semula hak Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Enam negara tuntut FIFA tarik semula hak Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Enam negara tuntut FIFA tarik semula hak Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022"

Back To Top