ANKARA, 17 Rabiulawal 1439H, Selasa – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, sekiranya Amerika Syarikat meneruskan rancangan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel.
Beliau berkata, rancangan Donald Trump untuk mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel itu adalah “garis merah” bagi umat Islam.
Erdogan juga berkata beliau akan mengadakan sidang kemuncak negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menentang sebarang langkah ke atas Jerusalem.
Sementara itu, Penasihat Hubungan Diplomatik Antarabangsa, Majdi Khaldi berkata, AS akan kehilangan kredibiliti sebagai mediator di Timur Tengah jika Trump meneruskan langkah itu.
Status Jerusalem atau Baitulmaqdis adalah aspek paling sensitif dalam konflik Palestin-Israel.
Israel mendakwa kota itu adalah ibu negaranya, berikutan pendudukan Jerusalem Timur pada perang 1967 dan menyifatkan Baitulmaqdis sebagai bandarnya. -Agensi
The post Turki ancam putus hubungan jika AS jadikan Jerusalem ibu negara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Turki ancam putus hubungan jika AS jadikan Jerusalem ibu negara Israel
0 Komentar untuk "Turki ancam putus hubungan jika AS jadikan Jerusalem ibu negara Israel"