Gema Semua Maklumat

Filem gay ditayang secara percuma di Pulau Pinang esok

Filem gay ditayang secara percuma di Pulau Pinang esok

PULAU PINANG, 16 Syawal 1438H, Isnin – Sebuah filem gay dari Vietnam bakal ditayangkan secara percuma di Pulau Pinang, esok.

Meskipun kecenderungan seksualiti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima di Malaysia, namun Performing Arts Centre of Penang, atau lebih dikenali sebagai Penangpac sebagai penganjur seolah-olah tidak mengendahkannya dengan membuat tayangan sedemikian.

Menurut portal menara.my, tayangan filem berjudul ‘Lost in Paradise’ yang dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017 itu akan diadakan di Penangpac sendiri.

Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini dilaporkan menceritakan mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.

Menurut sebuah portal berita atas talian bagi komuniti gay antarabangsa, filem ini dilaporkan banyak memuatkan babak-babak lelaki bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk sengaja membangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay.

Sebelum ini, sudah terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan kedudukan golongan LGBT di Pulau Pinang seperti penganjuran program Pink Dot Penang 2014.

Malah, wujud juga Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang pada bulan Mei tahun lepas di mana ADUN parti rasis dan cauvinis DAP, Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu bertindak sebagai pengerusi sementaranya.

The post Filem gay ditayang secara percuma di Pulau Pinang esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Filem gay ditayang secara percuma di Pulau Pinang esok
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Filem gay ditayang secara percuma di Pulau Pinang esok"

Back To Top