IPOH, 11 Syawal 1438H, Rabu – Dua belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V serta agama Islam.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Sungai Senam, di sini, pada kira-kira jam 10 pagi semalam.
Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Gerakan Belia 4B Perak, Gerakan Belia 4B Ipoh Barat dan Suara Anak Muda Perak.
Pengguna Facebook tersebut menggunakan nama Catt Ginger yang bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting dengan gambar kurang sopan berserta ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lalu, iaitu hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun, difahamkan individu terbabit telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa dia telah menghina Sultan Muhammad V selain telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). – Bernama
The post Hina Agong: Laporan polis dibuat terhadap pengguna FB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hina Agong: Laporan polis dibuat terhadap pengguna FB
0 Komentar untuk "Hina Agong: Laporan polis dibuat terhadap pengguna FB"