Gema Semua Maklumat

Polis siasat tuduhan FBI doktor Filipina biaya militan Malaysia

Polis siasat tuduhan FBI doktor Filipina biaya militan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1439H, Isnin – Bukit Aman akan menyiasat laporan dan tuduhan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bahawa seorang doktor Filipina menjadi pembiaya kegiatan militan di Malaysia.

Memetik laporan Malay Mail Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM tidak mempunyai butiran lanjut mengenai tuduhan itu dan tidak dapat mengesahkannya.

“Sebenarnya, kami tidak ada butiran mengenai perkara ini dan kami tidak boleh mengatakan ya atau tidak sehingga kami menemubual Dr Salic untuk mendapat maklumat lanjut.

“Kami akan menyemak dan menyiasat kerana ini adalah tuduhan, perkara yang sangat serius. Saya tidak dapat mengesahkan pada masa ini,” katanya.

FBI sebelum ini berkata, pakar bedah ortopedik Filipina, Dr Russell Salic, 37 telah membiayai serangan bom tangan pada 28 Jun tahun lalu di kelab malam Movida di Puchong, Selangor yang mencederakan lapan orang.

Sabtu lalu, Jabatan Kehakiman (DoJ) AS dalam laporannya menyatakan bahawa doktor Filipina atau juga dikenali sebagai ‘Abu Khalid’ yang disyaki membiayai rangkaian militan Daesh di Malaysia telah menyatakan bahawa negaranya adalah “tempat pembiakan bagi pengganas”.

Russell Salic dan dua yang lain didakwa terlibat dalam rancangan untuk melakukan serangan atas nama kumpulan Daesh ketika Ramadan pada 2016.

DoJ berkata, Salic, memindahkan wang kepada suspek lain untuk operasi tersebut, dengan mengatakan ia adalah selamat untuk disalurkan dari Filipina.

Ia melaporkan bahawa Salic telah mengirim wang kepada Jasanizam Rosni di Johor pada 24 Jun 2016, beberapa hari sebelum serangan di kelab malam Movida di Puchong.

Menurut laporan yang dibuat berdasarkan pemfailan mahkamah, FBI menyimpulkan bahawa Salic telah menyediakan pembiayaan untuk pengeboman itu.

Salic ditangkap di Filipina pada April 2017 dan AS telah meminta ekstradisinya, kata DoJ.

Pelbagai lokasi termasuk stesen keret api bawah tanah New York, Times Square dan beberapa tempat konsert juga dikenal pasti sebagai sasaran dalam plot yang digagalkan oleh ejen FBI yang menyamar, kata pihak berkuasa AS.

The post Polis siasat tuduhan FBI doktor Filipina biaya militan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis siasat tuduhan FBI doktor Filipina biaya militan Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis siasat tuduhan FBI doktor Filipina biaya militan Malaysia"

Back To Top