TEHRAN, 11 Syawal 1438H, Rabu – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniya menyifatkan isu besar umat Islam terutama membabitkan Palestin dan al-Quds semakin dilupakan.
Ini berikutan katanya, umat Islam hari ini disibukkan dengan perbalahan sesama sendiri sehingga melupakan ancaman semasa khususnya isu Palestin dan al-Quds yang sedang diancam.
“Kita sepatutnya memindahkan tumpuan kita daripada segala perselisihan sesama umat Islam kepada agenda bersatu menentang musuh Islam khususnya Israel,” katanya ketika bercakap pada perasmian Perhimpunan Media Televisyen dan Radio Islam di sini, baru-baru ini.
Perhimpunan tersebut diadakan di Mashhad, Iran dan dihadiri lebih 600 orang tetamu mewakili lebih 200 siaran radio dan televisyen Islam di seluruh dunia.
Jelas beliau, umat Islam hari ini perlu sedar bahawa terdapat sebahagian media luar yang berkhidmat dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, yang sememangnya meletakkan agenda mereka dengan mencetuskan perbalahan.
“Maka disinilah media-media umat Islam perlu berperanan iaitu menumpukan ke arah penyatuan sesama umat serta kearah membina jati diri jiwa umat Islam itu sendiri,” katanya.- Agensi
The post Isu besar umat Islam dilupakan kerana perbalahan sesama sendiri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu besar umat Islam dilupakan kerana perbalahan sesama sendiri
0 Komentar untuk "Isu besar umat Islam dilupakan kerana perbalahan sesama sendiri"