PUTRAJAYA, 1 Zulkaedah 1438H, Selasa – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengadakan rombakan besar-besaran terhadap pengurusan tertinggi susulan pertukaran dua pegawai kanannya ke jabatan lain.
Bercakap perkara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pengisian jawatan akan dilakukan terhadap kekosongan yang berlaku berdasarkan prosedur kerajaan.
“Berhubung tiga anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ yang disiasat kerana menceroboh pejabat Ketua Pengarah JPJ, mereka kini digantung tugas sehingga selepas siasatan polis selesai.
“Kita menyerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menentukan tindakan susulan terhadap ketiga-tiga anggota ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan di Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini hari ini.
Datuk Yusoff Ayob dan Datuk V Valluvan masing-masing merupakan Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pengarah Penguatkuasan di JPJ yang ditukarkan ke JPA berkuatkuasa 14 Julai lalu.
The post JPJ tidak lakukan rombakan besar-besaran appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JPJ tidak lakukan rombakan besar-besaran
0 Komentar untuk "JPJ tidak lakukan rombakan besar-besaran"