Gema Semua Maklumat

Kalau BN menang, apa lagi yang akan naik, soal PAS

Kalau BN menang, apa lagi yang akan naik, soal PAS

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Kesal dengan nasib yang menimpa rakyat, PAS menimbulkan tanda tanya, tindakan Barisan Nasional selepas ini yang berkemungkinan akan terus menindas rakyat.

Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejak 2013 rakyat menyaksikan kehadiran GST dan kejatuhan nilai Ringgit yang mendadak.

“Kedua-dua musibah ini telah mengakibatkan kehidupan rakyat berubah dengan rancak. Kini, rakyat terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat jauh lebih cepat daripada pendapatan mereka.

“Mendengar berita demi berita bagaimana wang negara dibazirkan, diselewengkan, dicuri dan juga keciciran. Sesiapa yang berada di dalam golongan berpendapatan sederhana dan rendah, terutamanya kakitangan kerajaan akan merasai apa yang diperkatakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, bukan sekadar GST, bajet-bajet kementerian turut dipotong, termasuklah dua bajet yang tidak seharusnya disentuh iaitu pendidikan dan perubatan.

“Oleh kerana itu, soalan “Apa lagi yang akan naik kalau BN menang lagi?” akan menjadi senjata yang sangat tajam menjelang pilihanraya umum ke 14 nanti.

“Inilah persoalan yang sedang ditanya di semua sanubari rakyat Malaysia hari ini,” katanya.

The post Kalau BN menang, apa lagi yang akan naik, soal PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kalau BN menang, apa lagi yang akan naik, soal PAS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kalau BN menang, apa lagi yang akan naik, soal PAS"

Back To Top