ANKARA, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Turki menyambut ulang tahun pertama kejayaan negara itu mempertahan sistem demokrasi daripada cubaan rampasan kuasa pada tahun lalu.
Sambutan itu turut memperingati kematian 249 ‘Syahid 15 Julai’ yang berlangsung selama seminggu bermula 11 Julai lalu hingga 16 Julai ini.
Sambutan siri ulang tahun dimulakan setelah Erdogan bersama Perdana Menteri, Binali Yildirim melawat tempat persemadian pejuang syahid 15 Julai itu di sebuah perkuburan di daerah Fatih, Istanbul kelmarin.
Acara kemuncak sambutan ini ialah pelancaran kompleks Tugu Pejuang Syahid 15 Julai di hadapan Kompleks Istana Presiden esok oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Akhbar Hurriyet Daily News menerusi pusat akhbar Pejabat Presiden memaklumkan, tema reka bentuk dan konsep seni bina tugu itu adalah setinggi 31.4 meter itu di sebuah kawasan seluas 2,500 meter persegi.
Difahamkan, tugu yang dibina menggunakan batu marmar hijau akan menyemadikan nama-nama 249 syahid yang terbunuh ketika cubaan rampasan kuasa tersebut.
Sebuah lagi tugu akan dibina di Jambatan Syahid 15 Julai (dulunya dikenali sebagai Jambatan Yavuz Sultan Selim) di Istanbul bagi memperingati kejayaan rakyat Turki mematahkan sekatan tentera dengan kereta kebal di situ pada malam cubaan rampas kuasa.
Pada 15 Julai tahun lalu, rakyat Turki turun beramai-ramai di jalan raya bagi menghalang cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Pengganas Fethullah (Feto) yang dipimpin oleh Fethullah Gulen, seorang ulama buangan di Amerika Syarikat.
Gulen bersama pengikutnya dikatakan telah mengebom bangunan Parlimen Turki dengan menggunakan pesawat pejuang dan helikopter, selain membuat sekatan jalan raya dan cubaan membunuh Presiden Erdogan. -Agensi
The post Turki sambut ulang tahun peringati kematian 249 syahid ketika rampasan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Turki sambut ulang tahun peringati kematian 249 syahid ketika rampasan kuasa
0 Komentar untuk "Turki sambut ulang tahun peringati kematian 249 syahid ketika rampasan kuasa"