Gema Semua Maklumat

Mana agenda Islam dalam janji Pakatan Harapan?

Mana agenda Islam dalam janji Pakatan Harapan?

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Melihat kepada janji  Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sangat menimbulkan kegusaran apatah lagi langsung tidak menyentuh aspek Islam.

Mengulas berkaitan janji 100 hari gabungan parti itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Aminuddin Yahaya berkata, ia agak merisaukan apabila janji-janji tersebut tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan Islam.

“Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan sekiranya mereka menang?

“Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara lantang menentang Akta 355.

“Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan yang diumumkan semalam. Antara yang dijanjikan ialah menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh.

Gabungan itu turut berjanji untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan FELDA.

Apapun janji mereka Tuan Aminuddin berkata, beliau tidak dapat  pastikan sekiranya ada terselit janji yang menyentuh soal Islam.

Tetapi dari maklumat media sosial katanya, ia jelas ia tidak menampakkan agenda islamisasi PH.

“Di kala Islam ditekan di sana sini oleh golongan Liberal, LGBT, Evangelist dan pelbagai lagi, ia seolah-olah tidak dilihat secara serius oleh PH. Perjuangan mereka hanya berlegar dari aspek maddi sedangkan  aspek rohi dan pembinaan manusia seperti ditinggalkan,” katanya. 

The post Mana agenda Islam dalam janji Pakatan Harapan? appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mana agenda Islam dalam janji Pakatan Harapan?
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mana agenda Islam dalam janji Pakatan Harapan?"

Back To Top