JOHOR BAHRU, 16 Syawal 1438H, Isnin – Seorang kanak-kanak lelaki kini dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan dipercayai didera oleh ibu bapa angkatnya.
Ketua Polis daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa berusia setahun sembilan bulan itu dibawa ke Hospital Nora Ismail oleh ibunya pada 5 Julai lalu.
“Rekod hospital menunjukkan bahawa mangsa sebenarnya telah dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali, di mana menimbulkan kecurigaan di kalangan kakitangan perubatan hospital berkenaan,” katanya.
Abdul Wahib berkata, kanak-kanak berkenaan disyaki didera selepas melihat kesan kecederaan lama dan luka baru yang ditemui pada tubuh mangsa.
“Pemeriksaan lanjut mendapati lengan kanan kanak-kanak itu patah. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
“Kedua-dua ibu bapa angkatnya berusia 30 dan 34 tahun ditangkap bagi membantu siasatan,” katanya.
Katanya lagi, kanak-kanak terbabit diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
The post Kanak-kanak lelaki parah dipercayai didera ibu bapa angkat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kanak-kanak lelaki parah dipercayai didera ibu bapa angkat
0 Komentar untuk "Kanak-kanak lelaki parah dipercayai didera ibu bapa angkat"