GEORGETOWN, 16 Syawal 1438H, Isnin – Seorang lagi pesakit dirawat di sebuah hospital di Sarawak selepas disyaki dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian kesihatan pesakit sama ada positif atau sebaliknya.
Katanya, jika ia positif dijangkiti, pesakit terbabit merupakan individu keempat menjadi mangsa virus berkenaan.
“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut berhubung perkara itu…sekarang kami beri rawatan yang sewajarnya,” katanya.
Tiga kanak-kanak termasuk 2 beradik yang berumur 4, 6 dan 7 tahun di daerah Serian disahkan dijangkiti rabies.
Dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang 1 atau 2 bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing.
Pada 4 Julai lalu, 2 beradik – Jackson Mazlan, 4, dan kakaknya, Monica, 6, dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian, meninggal dunia selepas ibu bapa mereka membenarkan doktor mencabut sistem sokongan hayat memandangkan hasil diagnosis mengesahkan mereka mati otak.
Bagaimanapun, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dilaporkan masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak.
The post Seorang lagi disyaki dijangkiti rabies appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seorang lagi disyaki dijangkiti rabies
0 Komentar untuk "Seorang lagi disyaki dijangkiti rabies"