Gema Semua Maklumat

Keluarlah daripada kepompong pemikiran Barat, Pemuda Isma tegur Syed Saddiq

Keluarlah daripada kepompong pemikiran Barat, Pemuda Isma tegur Syed Saddiq

 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 13 Syawal 1438H, Jumaat – Pemikiran Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih dalam kepompong Barat apabila langsung tidak memahami maksud sebenar yang dikatakan wanita dijadikan objek seksual dan pelaris produk.

Menyelar kenyataan Saddiq, Setiausaha Pemuda Isma, Ahmad Farhan Selamat berkata, dia perlu faham hari ini kita sendiri dapat lihat Barat kononnya sibuk memperjuangkan hak wanita, walhal hakikatnya mereka yang memperjudikan harga diri wanita.

Katanya, isu model wanita seksual bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh Barat.

“Melihat kepada sejarah, ia didahului oleh Empayar Rom dan Arab Jahiliyah. Itulah titik mula kegagalan sebuah tamadun bila menjadikan wanita hanya sebagai objek nafsu seperti mana yang disaksikan di Barat.

“Seperti sekarang, wanita dijadikan model yang menghairahkan di papan iklan, wanita dijadikan simbol seks dalam rancangan televisyen, bahkan wanita juga dijadikan bahan pornografi.

“Semua ini merosakkan anak bangsa kita. Jika betul mahu memperjuang hak wanita, baik ditutup semua rancangan dan iklan seksual. Berikan wanita hak pada nilai dan harga diri, bukan kecantikan luaran,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Syed Saddiq yang menafikan wanita dijadikan bukan objek seksual. Saddiq kelihatan marah apabila Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengatakan tindakan memaparkan sebagai objek pelaris produk merupakan perbuatan mengeskploitasi yang menyimpang daripada nilai kesucian wanita dalam Islam.

Mengulas lanjut Ahmad Farhan berkata, melihat kepada situasi semasa, sememangnya isu eksploitasi wanita semakin menjadi-jadi di dalam industri pengiklanan.

Justeru katanya, syarikat dan agensi pengiklanan perlu berhenti berbuat demikian hanya melariskan produk mereka.

Selain itu nasihat Ahmad Farhan, wanita juga perlu sebaiknya untuk tidak mendedahkan diri sehingga membawa kepada fitnah dalam apa jua bentuk.

“Wanita adalah perhiasan di dunia, sebaik perhiasan wanita yang solehah. Manakala, masyarakat pula elakkan hidup bertuhankan nafsu kerana adalah jalan kepada kecelakaan. Nikmat maksiat ini hanya sementara yang kekal adalah azab kepada rentetan maksiat yang kita lakukan,” katanya.

The post Keluarlah daripada kepompong pemikiran Barat, Pemuda Isma tegur Syed Saddiq appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Keluarlah daripada kepompong pemikiran Barat, Pemuda Isma tegur Syed Saddiq
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Keluarlah daripada kepompong pemikiran Barat, Pemuda Isma tegur Syed Saddiq"

Back To Top