MASJID TANAH, 13 Syawal 1438H, Jumaat – Kerajaan negeri Melaka akan menyekat laluan pelepasan sisa ternakan babi ke Sungai Tuang, Alor Gajah mulai Jumaat depan.
Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman berkata, tindakan itu adalah langkah terakhir bagi mengatasi masalah pencemaran sungai di negeri berkenaan.
Jelas beliau, setakat ini pengusaha- pengusaha ladang ternakan babi di Paya Mengkuang yang masih gagal menepati prosedur ditetapkan kerajaan sebelum ini.
“Mereka (sudah diberi masa tambahan selama seminggu sehingga 13 Julai ini bagi mematuhi prosedur serta mematuhi dasar pelan ladang baharu yang diluluskan.
“Setakat ini, hanya tujuh daripada 36 pengusaha ladang ternakan babi yang sudah mematuhi prosedur, manakala kita masih menunggu kerjasama pengusaha lain,” katanya.
Isu pencemaran air dan bau di Sungai Tuang, Telok Gong sudah berlarutan dan dilaporkan 135 chalet dan resort di sepanjang perairan Pengkalan Balak telah mengalami kerugian kira-kira RM3.6 juta sebulan.
Mengulas lanjut, Hasan berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selepas ini akan bertindak memastikan tiada lagi sebarang laluan pelepasan sisa ternakan babi ke Sungai Tuang.
“Keputusan yang dibuat bukan niat untuk menghukum, sebaliknya mahu pengusaha mematuhi prosedur serta bersama-sama menjayakan pelan baharu yang dapat mengatasi masalah pencemaran air sungai,” katanya.
The post Kerajaan negeri Melaka akan sekat laluan pelepasan sisa ternakan babi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan negeri Melaka akan sekat laluan pelepasan sisa ternakan babi
0 Komentar untuk "Kerajaan negeri Melaka akan sekat laluan pelepasan sisa ternakan babi"