Gema Semua Maklumat

Larangan masuk AS dikuatkuasa hari ini

Larangan masuk AS dikuatkuasa hari ini

WASHINGTON, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Larangan sementara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke atas pelarian dan pengembara dari enam negara Islam masuk ke negara itu mula dikuatkuasakan hari ini.

Ia susulan keputusan Mahkamah Agung Ahad lalu yang membenarkan larangan itu atas dakwaan untuk menghalang pengganas daripada memasuki negara berkenaan.

Bagaimanapun mahkamah akan mempertimbangkan pada bulan Oktober sama ada polisi Trump itu dilaksanakan atau dimansuhkan.

Trump telah menetapkan larangan selama 90 hari terhadap warga negara dari enam negara Islam dan pengharaman 120 hari ke atas pelarian.

Negara-negara tersebut adalah Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, yang digambarkannya sebagai “negara keganasan”.

“Sebagai presiden, saya tidak boleh membenarkan orang ke negara kita yang mahu mendatangkan bahaya kepada kita,” katanya.

Pengharaman 90 hari ke atas pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman bagaimanapun diberi pengecualian sekiranya ada hubungan keluarga terdekat di AS yang ditakrifkan secara khusus oleh kerajaan, tidak termasuk datuk, nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara dan lain-lain. -Agensi

The post Larangan masuk AS dikuatkuasa hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Larangan masuk AS dikuatkuasa hari ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Larangan masuk AS dikuatkuasa hari ini"

Back To Top