Gema Semua Maklumat

Menteri Pertahanan Jepun letak jawatan

Menteri Pertahanan Jepun letak jawatan

TOKYO, 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada mengemukakan surat peletakan jawatan pada Jumaat berikutan skandal  membabitkan tugasan harian Pasukan Pertahanan Jepun yang berkhidmat di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Sudan Selatan.

Perkara berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Shinzo Abe dan menerima perletakan itu.

Peletakan jawatan Inada dikemukakan menjelang rombakan kabinet yang dirancang perdana menteri minggu depan, lapor agensi berita China Xinhua.

Bagaimanapun, beliau menafikan terbabit dalam skandal berkenaan.

Inada didakwa membantu menyembunyikan rekod dalaman mendedahkan bahaya dihadapi pasukan pengaman Jepun yang ditempatkan di Sudan Selatan. – Bernama

 

The post Menteri Pertahanan Jepun letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Menteri Pertahanan Jepun letak jawatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Menteri Pertahanan Jepun letak jawatan"

Back To Top