Gema Semua Maklumat

Paderi ditangkap cuba perkosa gadis 13 tahun

Paderi ditangkap cuba perkosa gadis 13 tahun

MANILA, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Seorang paderi yang mengetuai sebuah sekolah Katolik ditahan ketika dalam perjalanan membawa seorang gadis berusia 13 tahun ke sebuah motel di Marikina City.

Msgr. Arnel Lagarejos, 55, menjalani prosiding inkues atas dakwaan melanggar Akta Antipemerdagangan Manusia selepas ditahan pada 28 Julai lalu berhampiran Blue Wave Mall di Lebuhraya Sumulong di Barangay Sto.Nino.

Ketua Polis Daerah Timur, Supritenden Romulo Sapitula berkata, polis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DSWD) menangkap Lagarejos dalam sebuah kenderaan SUV dengan gadis terbabit.

Dia didakwa mengenali gadis itu melalui remaja ‘bapa ayam’ berusia 16 tahun. Remaja itu turut ditangkap pada hari yang sama.

Penangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada ibu gadis berkenaan, yang membuat laporan kepada pihak polis Marikina.

Ketua Polis Bandar, Supritenden Roger Quesada berkata, Lagarejos pada awalnya memberitahu bahawa dia bekerja sendiri namun ketika soal siasat dijalankan suspek mengakui bahawa dia adalah seorang paderi.

Quesada berkata, suspek ditangkap kerana dia akan membawa gadis terbabit ke sebuah motel di Lebuhraya Sumulong.

Polis turut merampas telefon pintar milik remaja ‘bapa ayam’ itu, yang dilaporkan mengandungi mesej teks berhubung penjualan gadis itu kepada paderi terbabit. – Agensi

The post Paderi ditangkap cuba perkosa gadis 13 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Paderi ditangkap cuba perkosa gadis 13 tahun
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Paderi ditangkap cuba perkosa gadis 13 tahun"

Back To Top