Gema Semua Maklumat

Palestin gantung hubungan dengan Israel: Mahmoud Abbas

Palestin gantung hubungan dengan Israel: Mahmoud Abbas

BAITULMAQDIS, 30 Syawal 1438H, Isnin – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengambil tindakan menggantung hubungan dengan Israel sebagai protes langkah rejim Tel Aviv itu mencetuskan ketegangan ke atas Masjid al Aqsa.

Abbas berkata, pembekuan itu akan berterusan sehingga Israel membatalkan semula langkah keselamatan baharu di tapak ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

“Saya bagi pihak pimpinan Palestin, mengumumkan pembekuan semua hubungan dengan negara pendudukan di semua peringkat sehingga Israel berkomitmen untuk membatalkan semua langkah-langkah terhadap rakyat Palestin secara umum dan masjid al Aqsa khususnya,” katanya.

Beliau menyifatkan langkah keselamatan yang cuba dilakukan oleh Israel sebagai tindakan palsu yang berhasrat untuk mengawal masjid itu.

Abbas berkata demikian susulan kematian tiga penduduk Palestin dan ratusan yang lain cedera pada Jumaat lalu ekoran pertempuran dengan pasukan Israel.

Pertempuran itu menyebabkan pimpinan Israel memutuskan untuk meneruskan pemasangan alat pengesan logam di pintu masuk kompleks itu, termasuk masjid al Aqsa dan Dome of the Rock.- Agensi

The post Palestin gantung hubungan dengan Israel: Mahmoud Abbas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Palestin gantung hubungan dengan Israel: Mahmoud Abbas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Palestin gantung hubungan dengan Israel: Mahmoud Abbas"

Back To Top