BANGI, 18 Syawal 1438H, Rabu – Seorang warga Bangladesh dilaporkan menjadi lelaki Islam pertama mengamalkan perkahwinan sejenis di United Kingdom.
Menurut Dailymail, Jahed Choudary, 24, dan pasangannya, Sean Rogan, 19, menjalin hubungan sejak 2015 dan berkahwin di Walsall, Midlands Barat pada 22 Jun lalu.
“Saya ingin katakan kepada semua orang yang melalui perkara yang sama seperti saya, tidak mengapa.
“Kita akan tunjukkan kepada dunia bahawa kita boleh menjadi gay dan Islam. Saya kini menantikan kehidupan bahagia bersama Sean,” katanya.
Dia dan pasangannya dirai dalam satu majlis perkahwinan yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat dengan mengenakan pakaian pengantin tradisional Bangladesh berwarna krim dan merah beserta kalung bunga.
The post Pasangan gay berkahwin di Britain, salah seorangnya beragama Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pasangan gay berkahwin di Britain, salah seorangnya beragama Islam
0 Komentar untuk "Pasangan gay berkahwin di Britain, salah seorangnya beragama Islam"