JOHOR BAHRU, 16 Syawal 1438H, Isnin – Pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi didapati meninggal dunia berpunca daripada Leptospirosis atau kencing tikus.
Berdasarkan laporan bedah siasat, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelajar tahfiz terbabit meninggal dunia kerana penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang menjadi tular.
“Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah,” katanya.
Noor Hisham berkata, bedah siasat dijalankan pada hari sama pelajar itu meninggal dunia dengan menggunakan sampel tisu dan darah sebelum dihantar ke Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia bagi dianalisis.
Susulan kejadian itu, katanya, Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan dengan dianggotai Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes rumit.
Pada 26 April lalu, Mohamad Thaqif Amin, yang dipotong kedua belah kaki hingga paras peha akibat dijangkiti kuman menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail.
Kisahnya menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden sekolahnya.
The post Pelajar tahfiz dipukul warden meninggal kerana kencing tikus: KP Kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pelajar tahfiz dipukul warden meninggal kerana kencing tikus: KP Kesihatan
0 Komentar untuk "Pelajar tahfiz dipukul warden meninggal kerana kencing tikus: KP Kesihatan"