JOHOR BHARU, 10 Syawal 1438H, Selasa – Pembantu jurutera mekanikal dari Maktab Teknik PDRM Bakri di Muar ditahan kerana didakwa terlibat rasuah berjumlah RM700,000.
Suspek berusia 42 tahun itu dipercayai meminta dan menerima rasuah dari kontraktor sebagai dorongan untuk mendapatkan tender bekalan dan perkhidmatan di institusi berkenaan dari 2014 hingga 2016.
Suspek dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Merlimau untuk membantu siasatan.
Ketika serbuan dilakukan di rumah suspek, SPRM turut merampas wang tunai RM32,000 yang disembunyikan di dalam bekas biskut. Turut dirampas barang berharga dan Toyota Prado.
The post Pembantu jurutera ditahan terlibat rasuah RM700,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pembantu jurutera ditahan terlibat rasuah RM700,000
0 Komentar untuk "Pembantu jurutera ditahan terlibat rasuah RM700,000"