PUTRAJAYA, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Pengarah syarikat yang juga pemilik hotel yang dibeli oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian aset itu.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman terhadap individu berusia 57 tahun itu sehingga 4 Ogos ini.
Suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10.40 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suspek ditahan semalam di pejabat SPRM Kuching. Siasatan awal SPRM mendapati pengarah syarikat terbabit melantik ejen berkenaan untuk menguruskan pembelian hotel itu.
Turut sama ditahan semalam, dua suspek berusia antara 47 dan 51 tahun yang juga pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.
The post Pembelian hotel FIC: Pemilik hotel direman enam hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pembelian hotel FIC: Pemilik hotel direman enam hari
0 Komentar untuk "Pembelian hotel FIC: Pemilik hotel direman enam hari"