Gema Semua Maklumat

Henti putar belit isu JANS: SPRM

Henti putar belit isu JANS: SPRM

BANGI, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan isu kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Malah suruhanjaya itu turut menafikan dakwaan kononnya SPRM mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes JANS sebagaimana yang tular di media sosial.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu dikesan tersebar di media sosial sejak semalam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan menyifatkan ia menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Pihak kami juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di media sosial bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPRM,” katanya.

Serentak itu, SPRM berkata, pihak pengurusan tertinggi sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial agar tindakan tegas terhadap mereka diambil.

The post Henti putar belit isu JANS: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Henti putar belit isu JANS: SPRM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Henti putar belit isu JANS: SPRM"

Back To Top